Kelas Microsoft Power Point
10 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
Pada 9 Februari 2018 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia Engkilili telah mengadakan kelas Microsoft Office Power Point kepada pelajar lepasan SPM. Seramai 7 orang pelajar lepasan SPM yang hadir.
Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan kemahiran dan tunjuk ajar kepada perserta bagaimana membuat tugasan menggunakan Microsoft Office Power Point 2013. Dalam kelas ini, peserta diajar mengubah layout dan latar belakang pada slide. Peserta juga diajar menyunting gambar menggunakan menggunakan Power Point. Untuk memastikan peserta memahami apa yang telah diajar, mereka telah diberi tugasan menghasilkan rekaan kain rentang dan juga kalender menggunakan Power Point. Di akhir kelas, peserta berjaya menghasilkan rekaan kain rentang dan juga kalender mereka.
Kelas Power Point ini berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: